Jepun tarik balik perintah darurat kesihatan

0
16
Menteri Ekonomi Jepun, Yasuthoshi Nishimura.

TOKYO – Kerajaan Jepun akan menarik balik perintah darurat kesihatan di semua wilayah negara itu mulai Khamis ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Ekonomi, Yasuthoshi Nishimura, hari ini, kata Reuters.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan membuat pengumuman rasmi lewat hari ini.

Penarikan balik perintah itu berikutan penurunan dalam angka kes baharu, sekaligus mengurangkan beban yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara itu.

Rancangan itu telah diluluskan oleh sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan dalam isu Covid-19.

Bagaimanapun, kata Nishimura, beberapa sekatan terhadap restoren dan acara berskala besar masih dikenakan buat masa sebulan bagi mengelakkan sebarang lonjakan angka kes baharu.

“Kami jangkakan, angka kes baharu akan kembali naik selepas perintah itu ditarik balik.

“Apa yang paling penting, kita masih perlu berjaga-jaga bagi mengelakkan lonjakan kes baharu yang terlalu tinggi,” kata Nishimura yang kemudiannya menambah, beliau tidak menolak kemungkinan “perintah darurat kesihatan terhad mungkin akan dilaksanakan kembali sekiranya terjadi lonjakan kes baharu”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here