Jualan jubah AJ Abaya laku keras di Malakat Mall

0
49
Azila menunjukan koleksi jualan jubah AJ Abaya di gerai jualannya di Malakat Mall

CYBERJAYA – Jualan jubah Arab AJ Abaya yang didatangkan khas dari Arab Saudi mendapat permintaan yang tinggi di Malakat Mall, Cyberjaya

Pengurus AJ Abaya, Azila Jalal berkata, gerai jualannya di lobi Malakat Mall menjadi tumpuan ramai kerana keunikan corak dan warna jubah Arab.

“Saya pada mulanya hanya ingin mencuba sahaja membukla gerai jualan di Malakat Mall dan tidak sangka sambutannya amat menggalakkan.

Telekong Travel di gerai jualan AJ Abaya

“Saya jual jubah Arab, apa saya jual ini sama 100 peratus dengan jubah yang dijual di Kota Mekah. Kalau lihat di sana, ini lah dia jubah yang sama.

“Alhamdulillah…jualan sangat tinggi. Sekarang, kita juga adakan promosi jualan 50 peratus sehingga 19 September ini. Masih ada masa untuk datang dan beli.

“Harga jualan untuk jubah sebelum diskaun ialah antara RM180 hingga RM300. Dengan adanya diskaun 50 peratus, pasti lebih murah,” katanya.

Selain itu katanya, selain jubah Arab, AJ Abaya juga turut menjual telekong travel ‘viral’ yang berharga RM75 sepasang.

“Telekong travel ini sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Kainya juga sangat lembut dan selesa untuk digunakan oleh kaum hawa untuk solat.

“Bagi saya sendiri, telekong ini amat menyenangkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka ‘travel’. Telekong ini juga terdapat pelbagai pilihan warna,” katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dijemput untuk berkunjung ke Malakat Mall untuk membeli atau melihat sendiri keunikan produk di AJ Abaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here