Jumlah banduan kini melebihi kapasiti penjara

0
15
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Jumlah banduan di seluruh negara ketika melebihi kapasiti sebenar penjara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamad Said.

Ismail berkata, statistik Jabatan Penjara Malaysia setakat 25 Ogos tahun ini menunjukkan jumlah keseluruhan banduan di penjara adalah seramai 69,507 orang.

Katanya, jumlah tersebut telah melebihi kapasiti sebanyak 13.5 peratus atau 8,265 orang.

“Justeru itu, Jabatan Penjara Malaysia melalui KDN telah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan kesesakan dan tindakan-tindakan itu turut berkaitan dengan langkah mengurangkan penularan wabak Covid-19 di seluruh institusi penjara.

“Antaranya adalah pemindahan banduan dari satu penjara ke lain-lain penjara yang tidak sesak, Jabatan Penjara Malaysia dengan sokongan KDN telah mewujudkan beberapa penjara sementara.

“Selain itu, sebanyak 13 bekas kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diubahsuai sebagai Penjara Satelit (PS), untuk penempatan banduan yang baru untuk tujuan pengasingan sebelum dimasukkan ke penjara,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan penjara pada waktu ini berikutan penularan jangkitan yang pantas di kalangan banduan terutamanya jangkitan Covid-19.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, penajra sementara dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut, dan ia diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Penjara 1995 dan sebagai Admission Prison.

Selain itu katanya, Jabatan Penjara Malaysia turut mewujudkan Pusat Transit Penerimaan (PTP) di institusi penjara bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan.

Langkah itu katanya, untuk menempatkan banduan sabitan dan reman kategori risiko keselamatan minimum dengan mengambil kira keperluan pengasingan berdasarkan tarikh-tarikh kemasukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here