Jumlah jemaah untuk solat Fardhu dan Jumaat di Selangor dipertingkatkan

0
152
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Jumlah jemaah bagi menunaikan solat Fardhu dan solat Jumaat di Selangor dipertingkatkan kepada 250 hingga 1,000 orang bermula hari ini.

Menurut pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebenaran itu susulan peningkatan peratus vaksinasi lengkap dan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri serta beberapa indikator yang sangat signifikan.

JAIS berkata, seramai 1,000 orang dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri).

“Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabililillah, Cyberjaya dan masjid institusi dibenarkan seramai 500 orang.

“Selain itu, masjid pengurusan dengan kehadiran 400 jemaah, masjid kariah (350) dan surau kebenaran solat (250) sementara musolla tidak dibenarkan. Kesemua jumlah itu termasuk pentadbir,” katanya.

Mengikut ketetapan pekeliling itu juga, untuk solat fardhu pula membenarkan 500 jemaah bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan 300 bagi empat buah masjid meliputi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabililillah, Cyberjaya dan masjid pengurusan dan institusi.

“Masjid kariah dan surau kebenaran solat Jumaat adalah 200 jemaah manakala musolla adalah 100 dengan semuanya juga termasuk pentadbir,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here