Jumlah kes Covid-19 dilaporkan dalam negara melepasi 2 juta

0
21
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di dalam negara berada pada trend menurun apabila sebanyak 15,669 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Bagaimanapun, pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik di dalam negara melepasi angka 2 juta, iaitu sebanyak 2,011,440 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 2,632 kes.

“Sarawak kedua tertinggi dengan 1,983 kes, diikuti Johor dengan 1,974 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam ciapannya di Twitter, sebentar tadi.

Sementara itu, berdasarkan data di https://covidnow.moh.gov.my, sebanyak 53.5 peratus populasi dewasa negara sudah lengkap menerima vaksin dua dos, sementara 66.0 peratus lagi sudah sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin, setakat semalam

Dalam pada itu, sebanyak 227,417 suntikan dos vaksin Covid-19 diberikan kepada orang ramai, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here