Jurujual emas terima bungkusan berisi tangan berdarah bersama ugutan, mesej lucah

0
514
Gambar hiasan

KLANG – Seorang wanita berusia 29 tahun mengalami trauma selepas menerima bungkusan misteri berisi replika ‘tangan berdarah’ dan mesej ugutan di rumahnya di Jalan Kampung Saim di sini.

Dalam ugutan itu, pelaku mengancam akan menyimbah asid ke muka mangsa dan membakar rumah yang didiami kedua orang tuanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd. Khairi Shafie berkata, bungkusan hitam yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier itu diterima mangsa kira-kira pukul 6.30 petang pada Isnin lalu.

“Nota itu antaranya bertulis ‘Ko ingat ko melalak macam a**g tu best sangat ke s**l. Klu aku nmpak ko melalak lg asid sampai kat muka ko dgn kawan2 ko sekali’.

“Selain itu, suspek mengugut mahu membakar rumah ibu bapa mangsa dan mesej akan mencederakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi berkata, bungkusan yang diterima wanita yang bekerja sebagai jurujual di kedai emas tersebut turut mengandungi sebuah replika tangan yang disapu dengan cecair berwarna merah seperti darah.

“Selepas menerima bungkusan itu, mangsa pada keesokan harinya turut menerima mesej WhatApps berbaur lucah dan ugutan dari nombor yang tidak dikenali.

“Bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa tampil membuat aduan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan polis sudah memanggil wanita berkenaan untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mangsa telah dipanggil untuk dirakam keterangan selain usaha mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon yang terlibat sedang giat dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here