Kadar vaksinasi dewasa negara hampiri 90 peratus

0
31
Vaksin Sinovac diberikan kepada penerima vaksin COVID-19 sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi dewasa negara kini menghampiri 90 peratus apabila sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here