Kakitangan LAPD tolak vaksin saman bandar raya, ketua polis

0
81
GAMBAR HIASAN

LOS ANGELES – Kakitangan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menyaman bandar raya Los Angeles (LA) dengan alasan pihak majikan dengan sengaja mewujudkan suasana kerja yang tidak harmoni bagi pekerja yang memilih untuk tidak divaksin.

Menurut The Guardian, tindakan saman itu merupakan salah satu langkah agresif kesatuan polis yang menolak vaksin di wilayah California.

Dasar pemberian vaksin LA mewajibkan kakitangan bandar raya itu menerima vaksin sebelum 20 Oktober, dengan pengecualian diberikan kepada individu yang mempunyai sebab kesihatan dan keagamaan.

Tindakan saman ini dikemukakan oleh 6 anggota LAPD yang mendakwa polisi pemberian vaksin itu melanggar “integriti tubuh badan” dan dianggap sebagai “perkhidmatan perubatan secara paksa”.

Mereka turut mendakwa diugut akan diberhentikan kerja bersama ribuan anggota lain yang enggan divaksin.

Saman itu turut menamakan ketua polis LAPD dan beberapa ahli majlis lain sebagai penama.

Seorang jurucakap LAPD enggan memberikan komen mengenai isu saman tersebut, tetapi memaklumkan setakat 3 September, sebanyak 47 peratus kakitangan jabatan itu telah menerima dos lengkap vaksin, manakala 54 peratus lagi sudah menerima satu dos.

Jumlah ini adalah agak rendah berbanding golongan awam, yang mana 76 peratus sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seorang aktivis awam, William Gude berkata, tindakan saman itu mencerminkan budaya kerja yang wujud di LAPD.

“Kita tinggal di bandar raya di mana penduduknya secara umum yakin dengan program vaksin dan pemakaian pelitup muka.

“Tapi, (agak menyedihkan) kita dikelilingi oleh petugas yang menjaga keselamatan awam yang tidak percayakan perkara sebegitu,” kata Gude.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here