Kekerapan perkhidmatan rel, bas mula ditingkatkan esok – Rapid KL

0
14

CYBERJAYA – Mulai esok, perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang akan mengalami peningkatan kekerapan perkhidmatan susulan pelaksanaan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula esok.

Menurut pengendali Rapid KL, Prasarana Malaysia Berhad, susulan itu, tempoh menunggu juga akan dikurangkan.

“Penumpang rel yang menggunakan laluan LRT Kelana Jaya dan LRT Ampang/Sri Petaling boleh menjangkakan selang masa empat minit pada waktu puncak sebelah pagi dan petang hari bekerja, lima minit selang masa bagi MRT Laluan Kajang dan 10 minit bagi monorel,” kata Rapid KL dalam kenyataan itu.

Kenyataan yang sama turut menyebut, perubahan kekerapan itu turut melibatkan 23 laluan bas.

Syarikat itu juga akan akan menambah jumlah perkhidmatan rel dan bas sekiranya berlaku peningkatan penumpang dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Rapid KL turut memaklumkan bahawa 98 peratus kakitangannya telah menerima vaksin dan menjangkakan kadar 100 peratus vaksinasi akan dicapai pada pertengahan September 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here