Ken Worden meninggal dunia pada usia 78 tahun

0
130
Kenyataan berita kematian Ken Worden oleh FAM.

CYBERJAYA – Bekas jurulatih skuad bola sepak Kebangsaan dan Selangor, Ken Worden dari Australia meninggal dunia pada usia 78 tahun pada Isnin.

Berita kematian Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden yang dilahirkan pada 2 Februari, 1943 di Preston, England itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan.

Worden memulakan kariernya sebagai pemain dan jurulatih di Australia sebelum memulakan karier sebagai jurulatih pasukan negara pada 1992 dan Singapura pada 1993.

“Mendiang pernah menjadi jurulatih Selangor pada 1991 yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

“Beliau kemudian dilantik jurulatih kebangsaan selama dua tahun, menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993.

“Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pestabola Merdeka 1993,” kata FAM.

Skuad negara pada ketika itu membariskan Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan, tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here