Kerajaan akan laksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19

0
176

CYBERJAYA – Kerajaan akan melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 dalam jangka masa terdekat.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian itu akan dilaksanakan bagi golongan berisiko dahulu.

“Mereka ini termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here