Kerajaan kaji turunkan lagi harga kit ujian kendiri Covid-19

0
21
Kit ujian kendiri Covid-19

CYBERJAYA – Kerajaan memberi bayangan untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri Covid-19 menjelang akhir tahun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi membolehkan kit ujian itu mudah diakses oleh semua orang.

Menurut Tengku Zafrul, ketika ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti perkara itu.

“Bagi memperluas usaha pengujian, Kementerian Kesihatan telah mengiktiraf RTK Antigen dan meluluskan beberapa kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dibeli di farmasi di seluruh negara.

“Selain itu, untuk menjadikan kit ujian kendiri boleh diakses semua orang, KPDNHEP dan KKM telah menetapkan harga siling kit ujian ini bawah RM20,” katanya dalam ucapan khas semasa Sidang Kemuncak Pelan Pemulihan Negara yang diadakan secara maya hari ini.

Kerajaan telah menetapkan harga siling runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 dijual pada harga RM19.90 setiap set manakala RM16 setiap set untuk harga borong, berkuat kuasa 5 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here