Kerajaan setuju dan komited laksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan

0
18
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kabinet hari ini bersetuju untuk melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik negara dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada masa yang sama, kerajaan turut komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari masa ke semasa.

“Ini selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu tentang pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau menambah, kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan oleh semua pihak pada ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara ketika masih dilanda Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum dan budaya dalam konteks Kelyarga Malaysia.

“Ini juga selaras dengan semangat untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” katanya lagi.

Berikut tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan:

1) pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti di Parlimen,
2) pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat, beriuktan itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan,
3) Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun,
4) Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen antara Ahli Parlimen Kerajaan dan blok pembangkang,
5) setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui bersama,
6) penglibatan blok pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN),
7) Ketua Pembangkang diberi saraan dan kemudahan setara dengan jawatan Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here