Kerajaan tetapkan harga kawalan kit ujian kendiri Covid-19

0
34
Kit ujian Covid-19

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menetapkan harga kawalan kit ujian kendiri Covid-19.

Ketetapan itu melibatkan harga RM19.90 bagi jualan runcit dan RM16 untuk harga borong yang akan berkuat kuasa pada 5 September ini. 

Makluman berkenaan dinyatakan dalam kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Permintaan terhadap kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak Covid-19. 

“Berikutan itu KPDNHEP sudah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak. 

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka,” kata kenyataan itu.

Perkara berkenaan turut dimaklumkan Khairy melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here