Kes baharu kembali naik

0
45
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 di dalam negara kembali meningkat apabila sebanyak 20,396 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,844,835 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), empat negeri dengan kes tertinggi adalah Selangor dengan 3,886 kes, diikuti Sarawak dengan 3,747 kes, Johor dengan 2,165 kes, dan Sabah mencatat 2,136 kes.

Hanya WP Labuan mencatat pertambahan kes baharu dalam bilangan angka tunggal, apaila hanya 4 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here