Kes Covid-19 kembali meningkat, 15,579 kes baharu dilaporkan hari ini

0
157

Gambar Arkeb: foto/FaridJanudin.

CYBERJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 kembali meningkat hari dengan 15,759 kes berbanding semalam iaitu sebanyak 14,345 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak terus merekodkan kes tertinggi dengan 3,732 kes diikuti Johor (1,959 kes) dan Selangor (1,934 kes).

Beliau berkata, Labuan turut kembali merekodkan kes baharu iaitu dengan 12 kes.

Katanya, dengan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,127,934 kes.

Berikut adalah pecahan kes setiap negeri (Kumulatif):

Sarawak – 3,732 (187,131)
Johor – 1,959 (182,338)
Selangor – 1,934 (661,608)
Pulau Pinang – 1,417 (121,373)
Kelantan – 1,338 (104,757)
Sabah – 1,291 (188,123)
Perak – 1,184 (93,354)
Kedah – 786 (127,544)
Pahang – 707 (58,403)
Terengganu – 592 (49,336)
Kuala Lumpur – 359 (183,530)
Melaka – 264 (55,420)
Negeri Sembilan – 127 (95,883)
Putrajaya – 34 (5,926)
Perlis – 23 (3,274)
Labuan – 12 (9,934)

Dalam pada itu, katanya, kes sembuh hari ini pula melebihi kes jangkitan baharu dengan 16,650 kes.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,117 kes yang mana 844 kes adalah kes Covid-19 manakala bakinya adalah kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Sementara itu, katanya, kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 635 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here