Kes Covid-19 semakin menurun, catat 13,754 kes hari ini

0
50
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan di bawah angka 14,000 hari ini dengan 13,754 kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga ini, kes positif Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 2,156,678 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,985 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 1,913 kes dan Sarawak sebanyak 1,766 kes.

“Seterusnya Sabah (1,629 kes), Kelantan (1,264 kes), Pulau Pinang (1,052 kes), Pahang (869 kes), Perak (844 kes), Kedah (783 kes), Terengganu (664 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (292 kes) dan Negeri Sembilan (175 kes).

“Perlis pula (113 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here