Kes Covid-19 terus turun, Labuan rekodkan sifar kes

0
69
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara terus menurun dengan 14,345 kes direkodkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak terus merekodkan kes tertinggi dengan 3,611 kes diikuti Johor (1,598) dan Selangor (1,365 kes).

Katanya, Labuan pula merekodkan sifar kes manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing merekodkan 11 dan 51 kes.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 2,112,175 kes.

Betikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,365 (659,674)
Sabah – 1,255 (186,832)
Sarawak – 3,611 (183,399)
Kuala Lumpur – 307 (183,171)
Johor – 1,598 (180,379)
Kedah – 967 (126,758)
Pulau Pinang – 1,170 (119,956)
Kelantan – 1,050 (103,419)
Negeri Sembilan – 125 (95,756)
Perak – 1,090 (92,170)
Pahang – 779 (57,696)
Melaka – 162 (55,156)
Terengganu – 804 (48,744)
Labuan – 0 (9,922)
Putrajaya – 11 (5,892)
Perlis – 51 (3,251)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here