Kes Covid-19 turun ke angka 16,073, Sarawak terus catat kes membimbangkan

0
55
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes Covid-19 di Sarawak terus merekodkan kes di paras membimbangkan meskipun kes jangkitan hari ini merekodkan kes yang terendah berbanding beberapa bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 16,073 kes direkodkan hari ini dengan Sarawak melaporkan sebanyak 3,522 kes diikuti Johor 2,030 kes.

Dalam pada itu, katanya, kes jangkitan di Selangor terus mencatatkan perkembangan yang baik apabila angka kes baharu berada di bawah paras 2,000 kes.

Berikut adalah pecahan kes setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,947 (643,580)
Kuala Lumpur – 398 (180,466)
Sabah – 1,649 (175,512)
Johor – 2,030 (166,251)
Sarawak – 3,522 (160,320)
Kedah – 1,191 (119,118)
Pulau Pinang – 1,243 (109,505)
Kelantan – 1,070 (94,804)
Negeri Sembilan – 156 (94,623)
Perak – 1,011 (83,666)
Melaka – 206 (53,449)
Pahang – 878 (52,505)
Terengganu – 704 (43,505)
Labuan – 11 (9,887)
Putrajaya – 16 (5,748)
Perlis – 41 (2,832)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here