Ketua JSJ Negeri Sembilan meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19

0
107
Allahyarham Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak

SEREMBAN – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak meninggal dunia awal pagi ini selepas bertarung dengan Covid-19 sejak 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Yusof berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat long Covid kerana ujian mengesahkan arwah negatif wabak itu.

Dalam kenyataan kepada Bernama, Mohamad berkata, Ramlan mengalami kegagalan fungsi organ dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Beliau menyifatkan pemergian Ramlan sebagai kehilangan besar kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Katanya, arwah telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dan dijadualkan bersara pada 9 Oktober ini.

Allahyarham meninggalkan 10 orang anak dan seorang balu, Noor As Azura Md Aris yang kini menetao di Seremban 2.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Surau IPK Negeri Sembilan sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada jam 11 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here