KKM belanja RM593 juta beli peralatan tambahan rawat kes Covid-19

0
18
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM593 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian Kesihatan untuk membeli peralatan tambahan bagi merawat kes-kes kritikal akibat jangkitan Covid-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, perbelanjaan itu meliputi pembelian seperti katil Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator dan peralatan perubatan tambahan lain bagi membolehkan rawatan yang lebih baik diberikan kepada pesakit.

“Ini (jumlah tersebut) tidak termasuk sumbangan yang kita telah terima daripada luar negara dan dalam negara.

Jumlah sumbangan yang kita terima nilainya ialah RM148 juta, itu (jumlah) dari segi peralatan tambahan yang diperoleh,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) yang mahu tahu jumlah peruntukan yang digunakan untuk merawat kes-kes jangkitan Covid-19, dan berapakah kos bagi setiap kes yang diuruskan.

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan beliau akan menjawab secara bertulis berhubung perincian kos setiap rawatan kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here