KKM lancar laman web COVIDNOW

0
23
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan laman web baharu COVIDNOW sebagai platform perkongsian data terkini mengenai COVID-19 yang boleh dilayari bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, laman dilancarkan itu boleh diakses mulai 6 petang tadi dengan memberi perincian menyeluruh dalam perkongsian data semasa di negara ini.

“Bermula hari ini seiring dengan hasrat saya untuk lebih telus dalam perkongsian maklumat atau mengangkat ‘tirai kerahsiaan’, KKM melancarkan laman web baharu iaitu COVIDNOW di alamat https://covid-19.moh.gov.my/

“Inisiatif ini antara proses perubahan baharu kerajaan untuk melakukan penambahbaikan dalam pelaporan semasa COVID-19 dalam negara.

“COVIDNOW yang dibangunkan beberapa minggu oleh pasukan terlibat mampu memberi perkongsian data yang lebih jelas dan mudah difahami,” katanya dalam sidang media disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini

Beliau berkata, selain paparan butiran kes harian dan kematian, ia turut memaparkan perincian termasuk kuarantin di rumah dan di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKPRC).

Katanya, kemaskini bagi setiap data berkaitan dengan perkembangan Covid-19 akan dilakukan pada setiap hari selepas pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, proses perubahan baharu terhadap laporan kematian juga akan diperbaiki dari percanggahan dalam laporan kematian sebelum ini.

“Berbanding proses pelaporan kematian semasa pengesahan kematian kadang kala memakan masa berhari atau berminggu berikutam perlu mendepani beberapa proses.

“Ia seperti proses bedah siasat dan penilaian klinikal, pengumpulan data dan barulah disahkan kematiannya.

“Dengan proses pelaporan baharu pengesahan kematian akan disahkan pada tarikh kematian sebenar dan kemudiannya barulah proses bedah siasat dan pengumpulan data akan dilaksanakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here