Korea Utara berjaya dalam ujian peluru berpandu dari gerabak kereta api

0
63

Pelancaran peluru berpandu dari gerabak kereta api di Korea Utara itu dilaporkan berjaya dikesan Korea Selatan dan Pihak Berkuasa Jepun melalui pengesanan radar tentera.

SEOUL – Selepas kejayaan ujian peluru berpandu jarak jauh yang baharu dibangunkan, Korea Utara baru-baru meneruskan siri ujian balistiknya dengan melancarkan
peluru berpandu dari gerabak kereta api.

Dua ujian peluru berpandu jarak dekat itu dilaporkan tepat mengenai sasaran di bahagian Laut Timur negara itu.

“Peluru berpandu yang dibawa dengan kereta api itu mengambil bahagian dalam ujian dengan misi untuk menyerang kawasan sasaran 800 kilometer dari lokasi selepas bergerak ke kawasan tengah bergunung pada waktu subuh 15 September,” kata pegawai Korean Central News Agency (KCNA) seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Pelancaran peluru berpandu itu dikesan oleh Korea Selatan dan Pihak Berkuasa Jepun.

Menurut KCNA, ujian tersebut dilakukan bagi ‘meningkatkan keupayaan menangani ancaman ketenteraan intensif serentak yang dilakukan terhadap kami pada waktu pelaksanaan operasi ketenteraan yang diperlukan’.

Ujian pelancaran itu turut mengesahkan ‘kewajaran kerahan sistem peluru berpandu yang dibawa kereta api untuk tindakan kali pertama’ bagi menilai siap siaga dan untuk ‘mencapai kecekapan jika berlaku peperangan sebenar’.

Di bawah resolusi Majlis Keelamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Korea Utara tidak dibenarkan melakukan aktiviti peluru berpandu balistik.

Dalam pada itu, Korea Utara mengesahkan dakwaan itu manakala Korea Selatan turut mengesahkan melakukan ujian peluru berpandu kapal selam pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here