KTMB lakukan siasatan dalaman dakwaan Sajat lolos guna keretapi

0
291
Sajjad ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu

CYBERJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai dakwan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar, Perlis.

Menurut KTMB, fasiliti dan terminal kargo KTMB dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, kontena kargo yang dibawa ke Thailand pula adalah milik syarikat perkapalan yang disewa oleh pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

Kenyataan media oleh KTMB

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang diteliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara sempadan.

Ujarnya, proses itu membabitkan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal ke atas gerabak serta barangan.

“KTMB akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here