Kuala Lumpur, Putrajaya beralih ke Fasa 2 Jumaat ini

0
42
Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Putrajaya dan Kuala Lumpur akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.

Menterinya Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pusat Pengurusan Krisis Covid-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan mengingatkan supaya masyarakat khususnya warga kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mulai 10 haribulan ini (10 September) Wilayah Persekutuan akan masuk ke Fasa Kedua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya memetik laporan Wilayahku hari ini.

Terdahulu beliau meninjau tapak dan hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur petang tadi.

Putrajaya dan Kuala Lumpur mula mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang terkawal sejak program pemberian vaksin dibuat secara besar-besaran bermula bulan lalu.

Dalam pada itu, Shahidan turut mengumumkan Hijrah Warrior Mart bakal memasarkan hasil produk pertanian dari Hiliran Anjung Kelana bermula 1 Oktober ini.

“Gerai pertama akan dibuka di Teratak Muhibbah 1, Taman Desa. Ia akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

“Seramai empat orang gelandangan akan berkerja mengikut syif (2 orang bagi setiap syif) dengan gaji minima sebanyak RM1,200 dan turut disediakan tempat penginapan percuma,” katanya memetik laporan Wilayahku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here