Kumpulan Malakat bakal lancar Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia

0
285

Mohd. Fadzil Hashim. Gambar Arkeb

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco akan melancarkan Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia pada Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, program itu akan dilancarkan di Malakat Mall Cyberjaya pada pukul 5.30 petang.

Beliau berkata, program itu diadakan bagi menyatukan kekuatan kuasa beli rakyat negara ini dalam usaha mengambil alih kuasa ekonomi dalam pasaran tempatan.

“Program ini juga akan disiarkan secara langsung atau live di laman Facebook Malakat pada jam 5.30 petang.

“Jika anda ingin bersama berjuang memastikan keluarga anda akan mendapat pendapatan minimum RM5,000 dalam tempoh 10 tahun untuk yang bekerja dan mendapat pendapatan minimum RM50,000 untuk usahawan boleh sertai Facebook Group https://www.facebook.com/groups/malakat/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, kini sudah tiba masa semua pihak untuk menyatukan kekuatan dan mencipta peluang bagi meraih kejayaan secara bersama.

Katanya, tanpa penyatuan semua pihak, usaha untuk mengubah nasib agama, bangsa, tanah air dan generasi akan datang pasti sukar.

Malakat Mall Masjid Tanah

“Ramai kita suka menyalahkan orang lain untuk merasakan diri tidak bersalah. Ramai kita hanya suka mengkritik tanpa mahu bersama memperbetulkan kesilapan yang berlaku.

“Ramai kita lebih senang dengan orang asing menjadi kaya kerana kita daripada kita membantu orang kita menjadi kaya. Ramai kita lebih selesa untuk menyokong mereka yang mempamerkan hidup mewah, kecantikan dan produk OEM yang kita belum tahu adakah benar-benar selamat.

“Ramai kita berusaha memviralkan perkara yang memalukan, mengaibkan, menjatuhkan dan perkara-perkara yang negatif. Bangkitlah saudaraku, kini tiba masa dan peluang di mana reset ekonomi sudah berlaku. Hampir semua usahawan dan perniagaan kini bermula semula di garisan yang sama.

“Jika kita bersatu, kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil alih kuasa dalam pasaran,”ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here