Langkah ‘kurung’ rakyat sudah tidak sesuai-PM

0
214
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk terus ‘mengurung’ rakyat tidak lagi dilihat sesuai ketika ini, malah ia dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan ketika ini lebih melihat kepada keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat dan memberi ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.

“”Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri, untuk jaga disiplin. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun.

“Masa depan negara kita untuk bebas dari COVID-19 bergantung pada kita sendiri. kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Salim Sharif (Jempol) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kala kes harian baharu masih mencatatkan angka yang membimbangkan.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan telah mempertimbangkan pembukaan sektor tertentu sebagai salah satu cara untuk memulihkan kembali ekonomi negara.

“Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 PPN adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi.

“Malah, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Selain itu, sektor-sektor ini dibuka dengan SOP yang ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang telah divaksinasi lengkap sahaja untuk masuk membuat urus niaga atau mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here