Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini

0
65
Langkawi

CYBERJAYA – Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis program “travel bubble” untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang diadakan hari ini.

“Mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program travel bubble berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Sebagai permulaan Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis program “travel bubble” untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here