Langkawi: Kanak-kanak 3 tahun pelancong pertama positif Covid-19

0
88
Pulau Langkawi

CYBERJAYA – Kanak-kanak berumur tiga tahun menjadi pelancong pertama yang disahkan positif Covid-19 selepas melancong ke Pulau Langkawi.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata. Kanak-kanak berkenaan berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Keadaan pesakit adalah bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan pasukan CAC (Pusat Penilaian Covid-19) daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Othman, kes berkenaan didaftar serta diklasifikasikan sebagai Import B (kes rentas negeri) yang mana hasil siasatan mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu berlaku sebelum melancong ke Langkawi.

“Kanak-kanak terbabit bersama ibu dan bapanya tiba di Langkawi pada pukul 7.30 malam, 24 September lalu dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA 2).

“Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah mendapat vaksinasi lengkap dan bukan kes positif Covid-19 atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 serta tidak bergejala,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here