Lebih 16 juta individu dewasa terima dua dos vaksin

0
21
Statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19

CYBERJAYA- Sebanyak 16,680,780 atau 71.3 peratus individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Melalui data yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 90 peratus atau 21,080,152 pula sudah menerima dos pertama.

Katanya, statistik berkenaan menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di negara ini setakat semalam adalah sebanyak 37,760,932 dos.

“Vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 322,346 dos dengan 133,861 individu menerima dos pertama, manakala 188,485 pula lengkap dos kedua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here