Lebih 50 peratus remaja Sabah terima dos pertama

0
11
Masidi Manjun

KOTA KINABALU – Sabah mendahului suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun apabila lebih separuh atau 50.2 peratus daripada kumpulan itu disuntik setakat semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, maklumat daripada pengurusan vaksin negeri itu, sebanyak 20,148 remaja telah disuntik pada Sabtu.

Katanya, pemberian suntikan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif remaja yang menerima dos pertama adalah sebanyak 215,249 orang.

“Ini angka memberangsangkan sejak Sabah memberi kebenaran suntikan vaksin bermula 16 September lalu,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Masidi berkata, sehingga Sabtu lalu, lebih 1.68 juta atau 61.2 peratus penduduk di negeri ini telah menerima suntikan lengkap vaksin itu.

Sementara itu, beliau berkata, Sabah merekodkan 1,078 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 194,264 kes.

“Bilangan pesakit sembuh ialah 2,394 orang menjadikan jumlah kumulatif 173,450 orang manakala 3,493 orang masih menerima rawatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here