Lelaki 49 tahun mangsa ketiga meninggal dunia setelah terima vaksin Moderna

0
554

TOKYO – Seorang lelaki berusia 49 tahun menjadi mangsa ketiga yang meninggal dunia setelah menerima suntikan vaksin Moderna yang disahkan dicemari ‘bahan asing’.

Menurut The Guardian, lelaki itu meninggal dunia keesokannya selepas menerima suntikan dos keduanya pada 11 Ogos lalu.

Pada awal bulan lalu, dua lagi lelaki berusia awal 30-an yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan meninggal dunia setelah beberapa hari menerima suntikan doa kedua mereka.

Buat masa ini, Jepun telah menggantung edaran vaksin Moderna dalam program pemberian vaksinnya bagi siasatan terperinci dijalankan.

Sementara itu, bahan asing yang dipercayai menjadi sumber pencemaran itu adalah partikel keluli tahan karat.

Firma Moderna percaya, pencemaran itu berlaku ketika vaksin itu sedang diproses di kilang milik Rovi Pharma di Sepanyol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here