Lelaki dipenjara lima tahun kerana langgar perintah kuarantin, sebarkan Covid-19

0
42
GAMBAR HIASAN

HANOI – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di atas tuduhan melanggar perintah kuarantin dan menyebarkan virus Covid-19 kepada orang lain.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Le Van Tri, 28, dijatuhkan hukuman itu dalam satu perbicaraan di mahkamah rakyat di wilayah Ca Mau, semalam.

“Tung didapati melakukan perjalanan dari Ho Chi Minh kembali ke Ca Mau… dan kemudiannya melanggar perintah kuarantin selama 21 hari.

“Dia kemudiannya menularkan jangkitan Covid-19 kepada 8 orang lagi, yang mana salah seorangnya meninggal dunia setelah menerima rawatan selama satu bulan,” lapor VNA.

Wilayah Ca Mau yang terletak di selatan Vietnam, setakat ini melaporkan hanya 191 kes jangkitan dan dua kematian sejak pandemik itu mula dikesan.

Sebelum ini, dua lagi individu telah dijatuhkan hukuman berikutan kesalahan yang hampir sama, dengan masing-masing menerima hukuman penjara selama 18 bulan dan 2 tahun penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here