Lelaki simpan, awet mayat ibu untuk terus terima elaun

0
69

VIENNA – Polis Austria menahan seorang lelaki kerana didapati menyembunyikan kematian ibunya dan mengawet mayat itu.

Kata pihak polis dalam satu kenyatan semalam, wanita berusia 89 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia setahun lepas.

“Suspek tinggal bersama ibunya berhampiran Innsbruck, dan berusia 66 tahun.

“Dia didapati menyimpan mayat ibunya bagi terus mendapatkan elaun milik mendiang,” kata kenyataan itu.

Apabila disoal, lelaki itu mengaku bahawa dia menyimpan mayat ibunya di bilik bawah tanah dalam timbunan ais, dan kemudiannya membalutnya bagi menyerap sebarang cairan yang keluar.

“Dia kemudiannya menutup mulut mayat itu dengan najis kucing, dan akhirnya dia berjaya memumifikasikan mayat itu,” kata jurucakap unit anti-penipuan, Hemlut Gufler.

Ketika disoal oleh ahli keluarga lain mengenai kehilangan ibunya, suspek memberitahu ibunya berada di hospital.

Sepanjang setahun ini, suspek terus menerima cek elaun ibunya menerusi pos, namun, helahnya terbongkar apabila seorang petugas baharu meminta penama cek hadir sendiri untuk menerima cek berkenaan.

Kata polis lagi, suspek telah menerima sebanyak €50,000 (RM244,956.06) sejak Jun 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here