LHDN agih 200 lagi bakul makanan kepada golongan memerlukan

0
24
Bantuan bakul makanan oleh LHDN

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini meneruskan program pemberian bantuan bakul makanan kepada 200 penduduk di sekitar kawasan Cheras di sini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, bantuan itu yang dibuat menerusi Program CSR Hasil Prihatin disampaikan oleh Pengarah LHDN Putrajaya, Mohamad Fauzi Saat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini.

Katanya, agihan itu dibuat kepada penduduk
di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Flat Taman Kobena, Flat Taman Pertama dan Flat Sri Sabah.

“Program CSR Hasil Prihatin ini telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada 31 Julai yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial LHDN dalam
menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan khususnya golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Program ini juga merupakan usaha berterusan LHDN dalam memberikan sokongan kepada golongan rentan agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya.

Sementara itu katanya, sehingga kini sebanyak 5,670 bakul makanan telah diagihkan.

Katanya, usaha tersebut akan diteruskan oleh semua cawangan LHDN di seluruh negara sebagai komitmen LHDN dalam
meringankan bebanan segenap lapisan rakyat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here