LHDN agih 401 bakul makanan kepada golongan terkesan di Kelantan, KL

0
163
Tan Sri Annuar Musa menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk terkesan di Kelantan hari ini

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan usaha menyantuni komuniti setempat dengan mengagihkan 401 bakul makanan kepada kumpulan sasar di Kampung Peringat, Kelantan dan Kuala Lumpur hari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan,
di Kampung Peringat agihan itu telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di
Dewan Tun Ghafar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Padang Kala.

“Sebanyak 201 bakul makanan telah diserahkan kepada wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diagihkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan Siam,” katanya hari ini.

Katanya, turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah Negeri LHDN Terengganu/Kelantan, Kamarudzaman Bahrain.

Selain di Kelantan, katanya, Program CSR Hasil Prihatin itu turut diadakan di Masjid
Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Menteri Agama, Idris Ahmad menyampaikan sumbangan bakul makanan LHDN kepada penduduk di Kuala Lumpur

Katanya, bantuan sebanyak 200 buah bakul itu diagihkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris
Ahmad kepada Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi kepada Datuk Roslan Madon,

Sementara itu, katanya, sejak program itu dilancarkan sebanyak 5,870 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada rakyat khususnya untuk rakyat yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here