
TOKYO – Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya menghadiahkan pingat emas kedua negara dalam temasya Sukan Paralimpik sebentar tadi.
Liek Hou yang juga pilihan kedua kejohanan berjaya menewaskan pemain dari Indonesia, Dheva Anrimusthi yang juga pilihan pertama kejohanan dengan keputusan 21-17, 21-15.
Kemenangan straight set itu merupakan yang kedua untuk pemain yang dilatih oleh legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek ke atas pemain Indonesia itu.

Terdahulu, Liek Hou berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain dari Taiwan Fang Jen Yu dengan keputusan 21-13, 21-9 pada pagi tadi.-MT