Lima warga Palestin terbunuh dalam serbuan tentera rejim Israel

0
18
PM Israel, Naftali Bennet

TEBING BARAT – Lima warga Palestin dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera rejim Israel, semalam.

Menurut The Guardian, pertempuran itu tercetus ketika anggota tentera Israel melancarkan operasi serbuan ke atas beberapa lokasi disyaki sebagai tempat persembunyian pejuang Hamas.

Menurut tentera rejim, pihaknya telah melakukan pengintipan selama beberapa minggu dan serbuan itu dilakukan bagi meneutralkan individu yang disasarkan.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet dalam satu kenyataan memuji tindakan tentera rejim “kerana berjaya meneutralkan sasaran yang merancang untuk melakukan serangan terhadap Israel.”

Sementara itu, kenyataan tentera rejim menyebut, anggotanya melancarkan serbuan serentak ke atas lima lokasi berlainan, dan anggota tenteranya melepaskan tembakan di dua lokasi.

Tentera rejim turut menyebut, lima rakyat Palestin terbunuh manakala tujuh lagi individu ditahan.

Dua anggota tentera rejim turut dilaporkan cedera parah dam operasi itu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berasingan pula memberitahu, dua rakyatnya terbunuh di bandar Jenin, manakala tiga lagi terbunuh di bandar Biddu, utara Baitul Maqdis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here