LKIM bantu pasarkan udang harimau di Melaka

0
18

Udang Harimau

CYBERJAYA – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu penternak memasarkan lambakan udang harimau di Melaka.

LKIM dalam kenyataanya berkata, antara bantuannya ialah mencari ruang pasaran tempatan khususnya di Selangor dan Terengganu.

 “Inisiatif berkenaan sudah dilakukan malah, telah mendapat maklum balas  memberangsangkan dalam kalangan pembeli,” kata LKIM.

Media sebelum ini mendedahkan berlaku lambakan udang harimau di Melaka hampir seberat 15,000 kilogram dan bernilai RM450,000.

Udang tersebut sepatutnya dipasarkan ke Singapura dan Johor selain medan ikan bakar di negeri tersebut tetapi terkandas di kolam ternakan.

Menurut LKIM, pihaknya turut berunding dengan A&O Food Industries dan kilang pemprosesan udang di Johor itu bersetuju membeli dua tan setiap kali pengambilan.

 “Udang harimau ini akan disejukbekukan dahulu untuk tujuan eksport ke luar negara manakala yang jenis segar pula bakal dihantar terus Singapura,” katanya.

Selain itu, LKIM turut mengadakan pemasaran secara terus menerusi platform sedia ada termasuk kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan bagi penjualan atas talian, kaedah pemasaran secara bayar tunai selain pendekatan jualan langsung kepada peniaga runcit individu.

Dalam pada itu, LKIM menjangkakan pasaran  kembali pulih sedikit masa lagi susulan pembukaan semula sektor ekonomi secara berperingkat yang menyumbang kepada permintaan tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here