Malakat Streetfood kini kembali di Malakat Mall

0
58
Roti John dengan ramuan istimewa merupakan salah satu menu yang boleh didapati di Malakat Streetfood.

CYBERJAYA – Malakat Streetfood kini mula dibuka semula berikutan kebenaran ‘dine-in’ yang diberikan kerajaan pada premis makanan.

Bertempat di Malakat Mall, festival makanan dengan pelbagai menu menarik ini dibuka pada setiap hujung minggu termasuk Jumaat, dan beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Menurut Pengurus F&B Malakat Food Sdn Bhd, Muzamir Ismail, pelanggan yang berkunjung boleh menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

“Kali ini kami turut membawakan sajian pilihan kesukaan orang ramai seperti ikan bakar dan sate.

“Pada masa yang sama, kami turut menyajikan hidangan baharu seperti tiram goreng stail Singapura, dan juga hidangan sup kambing Pak Lan dengan roti benggali,” kata Muzamir hari ini.

Muzamir turut menekankan, pelanggan boleh menikmati juadah tanpa rasa ragu-ragu kerana semua petugas Malakat Food sudah menerima vaksin dos penuh.

“Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjemput anda semua singgah di Malakat Mall untuk merasai pengalaman menikmati menu streetfood kami secara dine-in,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here