Malaysia Airlines tawar tiket penerbangan ke Langkawi serendah RM89

0
801
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM89 semua dalam satu bersempena dengan Hari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata, turut ditawarkan pakej perjalanan (tiket penerbangan dan penginapan hotel) dengan diskaun sehingga 50 peratus
menerusi cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays.

Beliau berkata, Malaysia Airlines ketika ini beroperasi empat kali sehari ke Langkawi dan akan menyesuaikan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

“Ini memang titik permulaan untuk mengaktifkan semula pelancongan domestik, membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Langkawi

Dalam pada itu, katanya, pihkanya sudah bersedia menawarkan penerbangan kepada penumpang lengkap dua dos vaksin Covid-19 susulan daripada keputusan kerajaan membenarkan Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September, 2021 di bawah program gelembung perjalanan.

MAG baru-baru ini mencapai kadar vaksinasi 100 peratus untuk semua juruterbang dan kru kabinnya, ia memberi jaminan dan ketenangan kepada penumpangnya.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines sudah meningkatkan protokol keselamatan dan kesihatannya di kawasan lapangan terbang dan di dalam pesawat seperti yang disarankan oleh Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dilindungi .

Antara langkah diambil ialah pemakaian pelitup muka, melakukan kerja-kerja nyahkuman secara kerap dan penggantian awal penapis Udara Partikulat Berkecekapan Tinggi (HEPA) pesawat untuk memastikan sistem pengudaraan yang berkesan yang mampu menapis sebanyak 99.97 peratus mikroorganisma di dalam pesawat.

Maklumat mengenai promosi Malaysia Airlines ini boleh diperoleh di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here