Maqis rampas daging lembu wagyu dari Australia

0
30


Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mematahkan cubaan membawa masuk daging lembu wagyu bernilai RM35,981 dari Australia.

Maqis Selangor dalam kenyataan berkata, daging lembu wagyu seberat 256.70 kilogram (kg) itu cuba dibawa masuk menerusi Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lalu.

“Daging itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan pada jam 12 tengah hari dan dirampas kerana tidak mempunyai permit import Maqis yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesalahan mengimport dagangan hasilan haiwan tanpa mempunyai permit import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu katanya, Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti, kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here