Melbourne dilanda gempa bumi

0
93
Salah sebuah bangunan yang mengalami kerosakan setelah satu gempa bumi dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter menggegarkan Melbourne, pagi tadi.

MELBOURNE – Pihak berkuasa daerah Mansfield melaporkan beberapa buah bangunan mengalami kerosakan akibat gegaran gempa bumi, pagi tadi.

Menurut The Guardian, gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter itu turut dirasai hingga ke Dubbo dan Sydney yang terletak kira-kira 700 kilometer (km) dari pusat gegaran.

Sementara itu, pihak Geosains Australia dalam satu kenyataan berkata, gegaran itu berlaku pada pukul 9.15 pagi waktu tempatan selama 20 saaat.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga kerana kemungkinan gegaran susulan berlaku masih ada,” kata kenyataan itu.

Timbalan Gabernor Victoria, James Merlino berkata, sebanyak 35,000 premis terputus bekalan elektrik, namun kerosakan pada infrastruktur adalah minima.

“Hospital Beechworth turut terputus bekalan elektrik, namun sistem bekalan sokongan berfungsi dengan baik.

“Laporan kerosakan infrastruktur yang kita terima dari bandar seperti Prahran, Ascot Vale, Parkdale dan beberapa buah bandar lain lagi adalah sebanyak 46 laporan,” kata Merlino.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here