Menteri Pertahanan Perancis batalkan pertemuan dengan rakan sejawatan dari UK

0
287

PARIS – Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly membatalkan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) berikutan pembatalan kontrak pembelian kapal selam negara itu oleh Australia.

Menurut sumber Reuters, pertemuan dengan Ben Wallace yang dijadualkan pada minggu ini, dibatalkan sendiri oleh Parly.

Untuk rekod, Australia memilih untuk membatalkan pembelian dari Perancis, dan mendapatkan kapal selam yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan UK.

Kementerian Pertahanan UK enggan memberikan sebarang sebarang komen mengenai isu ini ketika dihubungi.

Tindakan Australia membatalkan kontrak bernilai billion dolar itu telah mencetuskan krisis diplomatik, apabila pihak Perancis memanggil pulang dutanya di Washington dan Canberra.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Perancis memaklumkan, Presiden Emmanuel Macron akan mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Joe Biden mengenai krisis dalam masa beberapa hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here