Mesir haramkan penerbitan Ikhwanul Muslimin di masjid

0
26
Perpustakaan masjid kini tidak lagi dibenarkan menyimpan buku-buku terbitan berkaitan Ikhwanul Muslimin.

KAHERAH – Kerajaan Mesir mula mengharamkan buku-buku berkaitan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang dilabel sebagai ekstrem masjid-masjid di negara itu.

Menteri Wakaf Mesir, Mokhtar Gomaa berkata, pihak berkuasa tidak lagi membenarkan buku-buku berkaitan dengan gerakan tersebut disimpan di masjid sebagai usaha mengekang keganasan ideologi tersebut.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mengarahkan pentadbiran masjid di seluruh negara supaya membersihkan perpustakaan daripada sebarang bentuk terbitan berkaitan Ikhwanul Muslimin.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Gaber Tayee berkata, pihak berkuasa juga akan memulakan pemeriksaan dan akan bertindak tegas kepada pihak pengurusan masjid yang didapati masih ingkat kepada arahan tersebut.

“Mana-mana buku yang dikarang oleh salafis atau anggota Ikhwanul Muslimin atau Gamaa Islamiya akan dikeluarkan,” katanya seperti dilaporkan agensi berita luar.

Selain itu, Imam masjid juga diminta untuk memohon kebenaran daripada Pentadbiran Umum Panduan Keagamaan bagi setiap buku yang akan diletakkan ke dalam perpustakaan dan tindakan akan diambil kepada mereka yang gagal berbuat demikian.

Pengharaman ke atas buku-buku Ikhwanul Muslimin di masjid adalah dasar terbaharu sejak penindasan sistematik organisasi berkenaan ketika tentera merampas kuasa pada 2013.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here