MOT tidak pernah keluarkan arahan agar warga emas 70 tahun kembalikan lesen memandu

0
42
Tun Dr Mahathir Mohamad masih cekap memandu walaupun sudah berumur.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan arahan yang mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu kenderaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia bukan pendirian kementerian dan pihaknya tidak berhasrat menukar akta sedia ada berhubung perkara terbabit.

“Ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat untuk menukar (syarat) kerana kecekapan bukan berdasarkan faktor umur dan kita lihat banyak faktor lain yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. 

“Kecekapan (pemanduan) adalah berlainan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad). beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding individu biasa. 

“Sebab itu tidak boleh ada diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu kemalangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta syor berkaitan syarat khas lesen memanduu warga emas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here