MPK serbu kedai runcit warga Myanmar

0
94
MPK menyita semua barang perniagaan mengikut kesalahan UUK 3 Pelesenan Tred Perindustrian dan Perniagaan MPK 2007.

CYBERJAYA – Sebuah kedai runcit milik warga Myanmar di Taman indah Sungai Pinang di Jalan Kapar, Klang diserbu semalam.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu premis berkenaan kerana beroperasi secara haram dan tidak mempunyai lesen sah.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, pihaknya menyita semua barang perniagaan mengikut kesalahan UUK 3 Pelesenan Tred Perindustrian dan Perniagaan MPK 2007.

“Pihak kami akan memperhebatkan operasi ini dari masa ke semasa terutama dalam usaha membanteras perniagaan yang dijalankan oleh warga asing,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrul Hazri berkata, sebelum ini, MPK sudah melakukan tindakan yang sama ke atas peniaga warga asing di Blok PKNS, Jalan Pasar Baru yang sememangnya menjadi lokasi ‘panas’ sejak dulu lagi.

Beliau juga meminta agar pemilik premis lebih peka dengan kediaman milik mereka yang disewakan kepada warga asing di situ.

“Warga asing mengambil kesempatan atas sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis yang membiarkan mereka menjalankan perniagaan walaupun sedar ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang Ogos lalu, MPK sudah mengeluarkan 86 kompaun atas kesalahan berniaga tanpa lesen termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap 305 premis dalam tempoh sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here