Muhd Nazmie dinobatkan juara Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan 2021

0
135
Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid mengumumkan Muhd Nazmie (atas) sebagai pemenang Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan 2021 yang berlangsung hari ini.

CYBERJAYA – Pidato bertajuk Dasar Perpaduan Negara Membangun Identiti Nasional membawa tuah kepada peserta dari Kuala Lumpur, Muhd Nazmie Muhd Nasir yang berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan 2021 yang berlangsung hari ini.

Dengan kemenangan itu, Muhd Nazmie
membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000 berserta sebuah piala pusingan, plak dan sijil.

Bagi tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh peserta dari Melaka, Mohd Amiruddin Md Nor dan peserta dari Sabah, Ainun Nasibah Johar.

Pemenang tempat kedua, Mohd Amiruddin Md Nor

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua peserta itu masing-masing membawa balik wang tunai sejumlah RM2,000 dan RM1,000 di samping plak dan sijil.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Pemenang tempat ketiga, Ainun Nasibah Johar.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam ucapannya berkata, seiring dengan perkembangan semasa penganjuran acara berpidato pada kali ini turut diubah dengan menggunakan konsep “TED Talk”.

“Konsep “TED Talk” yang popular dalam kalangan pemikir dan cendekiawan dari negara-negara maju telah diaplikasikan pada format pertandingan yang dianjurkan kali kedua tahun ini sebagai suatu pendekatan baharu untuk membujuk dan menyampaikan mesej kepada kumpulan khalayak sasaran.

Ketua Setiausaha Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek

“TED Talk iaitu singkatan daripada Technology, Entertainment and Design TED merupakan cara penyampaian maklumat menggunakan elemen teknologi, hiburan dan rekaan dalam menyampaikan mesej kepada penonton secara santai.

“Penggabungan media interaktif dalam persembahan TED Talk berupaya menarik kumpulan sasaran untuk mendengar dan terus mengikuti idea yang dipersembahkan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap dengan penganjuran aktiviti pidato itu peserta terbabit akan dapat menghayati serta membudayakan apa jua dasar, falsafah dan wawasan negara dalam diri masing-masing.

Pada masa katanya, diharapkan mesej tersebut juga dapat disampaikan kepada orang ramai dengan tepat dan mudah difahami.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here