Muhyiddin buat ‘come back’, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri

0
429
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 September lalu.

Beliau berkata, pelantikan itu telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

β€œPelantikan ini dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara.

β€œIa demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan tersebut.

Muhyiddin sebelum ini meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Susulan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik ke jawatan tersebut selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here