MySejahtera dilengkapi dengan fungsi baharu

0
284
Aplikasi MySejahtera yang menunjukkan tahap risiko seseorang.- Ihsan Twitter Khairy.

CYBERJAYA – Aplikasi MySejahtera kini dikemaskini dengan paparan status vaksinasi terkini bagi memudahkan pengguna memaparkan maklumat penerimaan vaksin.

Melalui satu ciapan di laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penambahbaikan fungsi itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memudahkan penggunaan aplikasi tersebut yang akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Pasukan my_sejahtera kini sedang berusaha untuk melakukan perubahan bagi memudahkan pengguna memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi.

“Ini akan memudahkan hidup bersama Covid. Akan terus mengemaskini dan memperbaiki aplikasi dalam beberapa minggu akan datang,” ciapnya di Twitter malam tadi.

Selain status vaksinasi dan risiko pengguna, aplikasi MySejahtera kini turut dilengkapi dengan butang check-out sebagai fungsi penjejakan kontak.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingatlah untuk check-out. Anda hanya perlu menekan butang, tidak perlu scan,” katanya lagi.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here